Mereka Melayu tak belajar – Abdul Hadi

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 11:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mereka Melayu tak belajar – Abdul Hadi

MARANG: ‘(Mereka) Melayu tak belajar.’

Demikian reaksi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap empat pemimpin Melayu DAP yang menuduhnya tidak menghasilkan artikel berilmiah, sebaliknya mengeksploitasi Islam demi kepentingan politik menerusi tulisan dalam ruangan Minda Presiden Pas bertajuk Negara Islam dan hubungannya dengan bukan Islam.

Mereka ialah Naib Pengerusi DAP Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti,  Young Syefura Othman; Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Abdul Hadi berkata, sebarang kenyataan atau tulisan beliau adalah berlandaskan al-Quran serta hadis selain berlandaskan apa yang terkandung dalam Perlembagaan DAP  dan kenyataan pemimpin mereka.

“Apa yang saya cakap dan tulis bernaskan al-Quran dan hadis. Dan saya cakap apa ada dalam perlembagaan DAp, apa kenyataan pemimpin dia,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Terdahulu, empat pemimpin DAP berkenaan mempersoal kritikan Abdul Hadi terhadap parti itu sedangkan Pas pernah bekerjasama dengannya dan menghadapi beberapa pilihan raya bersama.

Ia susulan tulisan Abdul Hadi bertajuk Negara Islam dan hubungannya dengan bukan Islam yang didakwa pemimpin DAP itu sebagai menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan bukan berbentuk penulisan ilmiah.

Dalam tulisan menerusi Minda Presiden Pas, Abdul Hadi menyifatkan sekularisme sebagai ajaran sesat yang dibawa penjajah dan mendakwa media menyokong DAP terus menyebarkan fahaman itu secara bebas serta halus.

Justeru itu, pemimpin-pemimpin DAP tersebut mencabar Abdul Hadi menjelaskan mengapa pendirian parti itu tidak dianggap ancaman ketika kedua-duanya bekerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Hadi berkata, kerjasama Pas dengan mana-mana parti politik termasuk DAP sebelum ini mempunyai syarat iaitu tidak boleh menentang dasar Pas.

Bagaimanapun katanya, DAP membuat kenyataan yang menyerang dasar Pas, umpamanya menentang pelaksanaan syariah dan menyentuh perkara yang melanggar syarat ditetapkan parti itu.

“Itu yang berlaku, kerjasama kita terbatas dalam titik persamaan sahaja,” katanya.

Ditanya mengapa pendirian DAP tidak dianggap ancaman ketika kedua-duanya bekerjasama dalam PR, beliau berkata, Pas hanya bertindak selepas DAP membuat kenyataan yang melanggar syarat kerjasama.

Beliau memberikan contoh DAP menentang tindakan Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan arak untuk orang Islam di negeri itu dan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355). – UTUSAN

The post Mereka Melayu tak belajar – Abdul Hadi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved