PRN Melaka: Optimis akar umbi BN pilih PN

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 12:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Optimis akar umbi BN pilih PN

MARANG – Pas optimis kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih cerah direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi biarpun cuba ‘dicantas’ Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, biarpun perbincangan masih rancak berjalan, majoriti akar umbi BN khususnya UMNO dilihat lebih berminat bekerjasama dengan PN demi muafakat Melayu Islam.

“Majoriti termasuk Ketua Pemuda (UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh) dan peringkat akar umbi setuju dengan PN.

“Kejayaan di (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menunjukkam respons yang sangat positif (terhadap kerjasama BN-PN),” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila di sini hari ini.

Abdul Hadi juga mendakwa rakyat juga telah melihat kegagalan PH dalam mengurus negara dan hubungan antarabangsa.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, biarpun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November 2022 menunjukkan PN lebih berpeluang memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka namun pihaknya rela berunding dengan BN demi perpaduan Melayu.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dipetik berkata, BN terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak termasuk PN dan PH sebelum mempertimbangkan cadangan kerjasama dikemukakan.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, antara asas utama perlu dipenuhi dalam setiap rundingan berkenaan ialah BN mahu mempertahankan 21 daripada 28 kerusi yang dimenangi pada PRN lalu. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: Optimis akar umbi BN pilih PN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved