Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak pelakon

2 Jul 2022 • 9:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PETALING JAYA - Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek yang disyaki mencederakan seorang pelakon dan cuba menculik anaknya dalam kejadian di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan pelakon, Lufya itu telah direkod pada Jumaat.

"Keterangannya (Lufya) diambil lebih dua jam oleh pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Polis dalam proses untuk membuat lakaran wajah suspek yang didakwa menyerang pelakon itu. Kita akan usahakan untuk keluarkan fotofit itu secepat mungkin," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, keterangan pelakon itu akan diambil pada jam 11 pagi, Jumaat.

Sebelum itu, Lufya telah membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada jam 6.59 pagi Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa berdepan detik cemas apabila dipukul di bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan seorang lelaki menculik anaknya, Laana Haura, 5, di taman permainan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu, Lufya mendakwa, seorang lelaki berbadan besar memukulnya sehingga dia mengalami kecederaan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved