MESRA buka pandu lalu Steers pertama di Mutiara Damansara

Business & Finance
30 Oct 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MESRA buka pandu lalu Steers pertama di Mutiara Damansara

KUALA LUMPUR: Mesra Retail & Café Sdn. Bhd. (MESRA), cabang perniagaan runcit Petronas Dagangan Berhad (PDB), membuka cawangan pandu lalu Steers pertama di Malaysia serta Debonairs Pizza Mutiara Damansara di Stesen Petronas Mutiara Damansara.

Pembukaan kedua-dua restoran itu memperluas pilihan makanan dan minuman di stesen berkenaan, selain membawa dua jenama makanan dari Afrika Selatan kepada pengguna tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Retail & Café Sdn. Bhd., Norazlan Subaha berkata, pelanggan kini semakin melihat stesen Petronas sebagai lokasi persinggahan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan bukan sekadar mengisi minyak.

“Pelanggan menghargai kualiti, kemudahan dan pengalaman yang melengkapi perjalanan harian mereka.

“Dengan membawa Steers dan Debonairs Pizza ke Stesen Petronas Mutiara Damansara, kami menambah pilihan yang tersedia menerusi jenama yang dipercayai dan dikenali dengan makanan berkualiti, cita rasa tersendiri serta komitmen terhadap kepuasan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Pembukaan itu menyokong usaha PDB untuk memperkukuh perniagaan runcit bukan bahan api melalui MESRA dengan menjadikan stesen Petronas tempat persinggahan yang lebih mudah untuk mendapatkan makanan dan minuman, membeli-belah serta memenuhi keperluan harian.

Steers Mutiara Damansara Drive-Thru menawarkan burger dan ayam panggang atas api yang disediakan segar untuk dinikmati di restoran, dibawa pulang atau dibeli menerusi perkhidmatan pandu lalu.

Debonairs Pizza pula menawarkan pelbagai pilihan piza yang boleh dinikmati di restoran atau dibawa pulang.

Mutiara Damansara merupakan lokasi kedua bagi kedua-dua jenama itu di Malaysia selepas cawangan pertama dibuka di Bangi pada Disember 2025.

Menurut beliau, pembukaan pandu lalu Steers pertama di Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan berkualiti, khususnya ketika dalam perjalanan.

“Seiring rancangan untuk mengembangkan operasi di Lembah Klang dan pasaran utama lain, kami merancang membawa Steers dan Debonairs Pizza ke lebih banyak stesen Petronas, pusat beli-belah terpilih dan lokasi strategik lain.

“Matlamat kami adalah menawarkan makanan berkualiti, perkhidmatan yang baik dan kemudahan yang lebih dekat dengan tempat tinggal, tempat kerja serta laluan perjalanan rakyat Malaysia,” katanya.

Berpegang kepada konsep ‘Real Food, Made Real Good’, Steers menggunakan kaedah memanggang terus di atas api sebagai antara keistimewaan utama menunya.

Burgernya menggunakan 100 peratus daging lembu asli dan roti yang dibakar segar serta dilengkapi sos BBQ istimewa dan kentang goreng berperisa.

Sementara itu, Debonairs Pizza mengetengahkan konsep ‘Make the Ordinary Extraordinary’ menerusi doh yang disediakan segar, sos istimewa serta piza dengan pilihan topping yang banyak.

Menunya merangkumi pilihan untuk hidangan sekeluarga, pertemuan bersama rakan atau makan malam santai, dengan pelanggan boleh menjamu selera di restoran atau membawa pulang piza.

Kedua-dua restoran menggunakan bahan-bahan yang diperakui halal. – UTUSAN

The post MESRA buka pandu lalu Steers pertama di Mutiara Damansara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved