Mesyuarat khas urusan PRN Melaka ke-16 pada 7 Oktober ini - SPR

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mesyuarat khas urusan PRN Melaka ke-16 pada 7 Oktober ini - SPR
SPR akan mengadakan satu sidang media sejurus selepas mesyuarat khas itu.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, pada 7 Oktober ini.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pelaksanaan mesyuarat khas itu, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Rabu lepas.

"Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun.

"Perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh-tarikh penting PRN Melaka ke-16 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan, bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. 

Khairul Shahril berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.

Pada Selasa lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa Rabu, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved