Tiada cadangan pertambahan bahagian Pilihanraya Sarawak buat masa ini - SPR

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada cadangan pertambahan bahagian Pilihanraya Sarawak buat masa ini - SPR
SPR menegaskan, tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen Sarawak buat masa ini. Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen Sarawak buat masa ini melibatkan mana-mana bahagian pilihan raya seperti dilaporkan akhbar tempatan yang merujuk kepada perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, dakwaan dalam laporan itu memetik "Dokumen Cadangan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Sarawak” yang kononnya dikongsi kepada akhbar berkenaan.

"SPR merujuk laporan akhbar memetik dakwaan berdasarkan Dokumen Cadangan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Sarawak bahawa jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak akan bertambah kepada jumlah tertentu.

"Untuk makluman, hanya syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Negeri Sarawak Ketujuh telah disediakan oleh SPR dan kini sedang dipamerkan secara rasmi kepada orang ramai sepanjang bulan ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru, Khairul Shahril berkata SPR menyeru pihak akhbar berkenaan agar sentiasa merujuk maklumat mengenai KSP yang sahih dan tepat di portal atau kenyataan rasmi dikeluarkan SPR.

Akhbar bahasa Melayu sebelum ini melaporkan KSP kawasan pilihan raya bagi Sarawak dijangka menyaksikan pertambahan 15 kerusi Parlimen menjadikan jumlah kerusi negeri itu meningkat daripada 31 kepada 46 kerusi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved