PRU DUN Melaka Ke-16: SPR Adakan Mesyuarat Khas 7 Oktober

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PRU DUN Melaka Ke-16: SPR Adakan Mesyuarat Khas 7 Oktober

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 pada 7 Okt ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 Sept lepas.

PRU DUN Melaka Ke-16

SPR dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Dato' Sri Ramlan Dato' Harun bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka Ke-16.

"Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurut SPR, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas berkenaan selesai.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved