PRN Melaka: SPR bermesyuarat 7 Oktober ini

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 2:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: SPR bermesyuarat 7 Oktober ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 7 Oktober ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk hari pengundian.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus memaklumkan, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun bagi meneliti persiapan pilihan raya tersebut.

Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Melaka Ke-15 dibubarkan berkuat kuasa 23 September lalu bagi memberi laluan PRN yang dijangka diadakan paling awal pertengahan Oktober.

Penggal DUN Ke-15 sepatutnya berakhir 27 Disember ini sejak dibentuk kira-kira empat tahun sembilan bulan lalu.

Pengumuman pembubaran itu dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sele­pas mempengerusikan mesyua­rat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Auditorium Seri Negeri di sini, baru-baru ini sekali gus menamatkan spekulasi ‘dua kali Jumaat’ dan ‘Jumaat terakhir’ sebelum ini. – UTUSAN

The post PRN Melaka: SPR bermesyuarat 7 Oktober ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved