Meta Dilaporkan Ingin Melabur Sehingga $10 Bilion Pada Scale AI

TechnologyDigital
8 Jun 2025 • 11:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta sedia mempunyai pelaburan tinggi dalam pembangunan penawaran kecerdasan buatan mereka tersendiri, iaitu Meta AI. Selain itu, Meta turut menawarkan model sumber terbuka mereka, Llama – sekaligus membolehkan pelbagai syarikat membangunkan penawaran masing-masing menggunakannya.

Tidak setakat itu, kini ia dilaporkan Meta dalam perbincangan untuk melakukan pelaburan pada salah satu firma kecerdasan buatan, iaitu Scale AI. Sebelum ini sendiri, Scale AI sedia menerima pelaburan daripada NVIDIA dan juga Amazon, selain Meta sendiri. Ia memfokuskan kepada pelabelan data, disamping menyediakan platform untuk pelbagai pengkaji terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan laporan baharu ini. Ia dikatakan Meta mungkin melabur sehingga $10 bilion pada firma ini, sekaligus menjadikan ia antara pelaburan tinggi keluar oleh Meta, dan mungkin mendapatkan pegangan tinggi pada Scale AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved