MGB terima kontrak RM186 juta bina 2 apartmen servis di Iskandar Puteri

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2025 • 5:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MGB terima kontrak RM186 juta bina 2 apartmen servis di Iskandar Puteri

image is not available

12/08/2025 - 17:36

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Ogos - MGB Berhad menerusi MGB Construction & Engineering Sdn Bhd menerima kontrak RM186 juta daripada CI Medini Sdn Bhd bagi pembinaan dua blok apartmen servis di Iskandar Puteri, Johor Baharu.

Bagi fasa pertama, kumpulan itu akan membina blok apartmen A setinggi 32 tingkat dengan 405 unit kediaman serta tempat letak kereta setinggi tujuh tingkat dan satu tingkat ruang kemudahan selain satu unit pondok pengawal.

"Pembinaan fasa pertama akan bermula 1 September 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 November 2027.

"Fasa kedua melibatkan pembangunan blok apartmen B setinggi 31 tingkat dengan 397 unit kediaman dengan tarikh pembinaan akan dimaklumkan kemudian dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari tarikh permulaan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kontrak itu akan meningkatkan dan memperkukuhkan buku tempahan sedia ada kumpulan dan dengan kontrak itu meningkatkan jumlah buku tempahan kepada RM1.21 bilion.

Kontrak ini tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan syarikat, namun dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh kontrak tersebut.- DagangNews.com

standard