Microsoft 365 ‘Down’ , Outlook Tergendala Pagi Ini, Ramai Pengguna Malaysia Tak Boleh Hantar E-mel

LocalTechnology
13 Nov 2026 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkhidmatan Microsoft 365 dilaporkan mengalami gangguan pagi ini, menyebabkan ramai pengguna termasuk di Malaysia berdepan masalah mengakses e-mel Outlook dan urusan kerja turut tergendala.

Tinjauan di media sosial Threads dan X mendapati ramai pengguna meluahkan rasa kecewa apabila perkhidmatan Microsoft 365 yang digunakan untuk urusan kerja tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Advertisement

micro

Ada yang melaporkan masalah mengakses Outlook, manakala sebahagian pengguna mendakwa tidak dapat menghantar laporan dan e-mel.

Microsoft 365 Alami Gangguan Di Seluruh Dunia

Gangguan tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna di media sosial.

Seorang pengguna X, Marshmimii, berseloroh mahu menyambung tidur selepas urusan kerjanya tidak dapat dilakukan seperti biasa.

“Hari ini servis Microsoft global ada gangguan, jadi boleh sambung tidur balik ke ni,” katanya.

Seorang lagi pengguna X, Ddilaalaa pula berkata dia hanya sempat bekerja selama tiga jam pada malam sebelumnya sebelum gangguan Microsoft 365 berlaku.

“Kerja tiga jam je malam tadi sebab lepas tu Microsoft ada masalah. Happy (seronok) untuk malam tadi, mungkin akan pening kepala malam ni kalau masalah dah selesai,” katanya.

Netizen Respon Terhadap Kegagalan Fungsi

Gangguan itu turut mendapat perhatian pengguna Threads yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat.

Seorang pengguna dikenali sebagai Abiel berseloroh mengenai keadaan tersebut menerusi hantaran di Threads.

View this post on Instagram

“Ada ke orang-orang IT yang bangun waktu ni? Microsoft down (tergendala) tu ha,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna lain turut berkongsi pengalaman mereka selepas berdepan masalah menggunakan Outlook.

Mohammad Hafiz mendakwa dia tidak dapat menghantar laporan dan pada awalnya menyangka masalah tersebut berpunca daripada ruang simpanan e-melnya.

“Saya tengah bosan sekarang, report (laporan) semua tak boleh hantar. Aku pergi delete (padam) e-mel lama ingatkan sebab full storage (ruang simpan penuh), tapi Outlook lagging (sistem perlahan),” katanya.

Seorang lagi pengguna, Halisrib pula berkata dia sudah beberapa kali memulakan semula sistem namun masalah tersebut masih berterusan.

“Ya Allah, saya kena hantar laporan, tapi e-mel dok loading (gagal dimuatkan). Dua kali restart (mulakan semula), tak okey. Tengok rupa-rupanya isu sedunia,” katanya.

Microsoft Dedah Punca Gangguan Microsoft 365

Terdahulu, Microsoft memaklumkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan yang tiba-tiba tidak dapat berfungsi.

Menurut Microsoft, masalah tersebut bukan disebabkan peningkatan trafik pengguna.

Laporan Anadolu Ajansi memetik kemas kini Microsoft 365 Status menerusi platform X yang memaklumkan bahawa gangguan berkenaan menyebabkan beban tambahan kepada infrastruktur yang masih beroperasi.

Gangguan tersebut menjejaskan akses kepada peti mel Exchange Online dan berkemungkinan turut memberi kesan kepada perkhidmatan Microsoft 365 lain.

Pengguna dilaporkan mengalami masalah sambungan menerusi pelbagai kaedah akses.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SKMM perkenal PAKEJ Map2026-11-06 12:54:12

SKMM Perkenal Aplikasi PAKEJ Map, Pengguna Kini Boleh Cari Lokasi Kurier Dan Terus Buat Aduan

The post Microsoft 365 ‘Down’ , Outlook Tergendala Pagi Ini, Ramai Pengguna Malaysia Tak Boleh Hantar E-mel first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved