Microsoft Memperbaiki Isu Pemasangan Kemaskini Windows 11 Dengan Tampalan Baru

TechnologyDigital
2 Apr 2026 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, kami telah melaporkan bahawa Microsoft telah menarik-balik kemaskini Windows 11 terbaru mereka minggu lepas kerana ia hadir dengan beberapa kerentanan yang menyebabkan fail-fail yang dimuat-turun tidak boleh dipasang pada komputer pengguna.

Hari ini, Microsoft nampaknya telah memperbaiki isu tersebut dengan kemaskini tampalan baru yang dinamakan KB5086672 untuk memperbaiki isu tersebut. Kemaskini tersebut boleh dimuat-turun secara manual ataupun automatik, dan Microsoft mengatakan isu kemaskini tidak boleh dipasang kini sepatunya diperbaiki.

image is not available

Kemaskini yang ditarik-balik, yang dinamakan KB5079391 hadir dengan beberapa ciri yang dikemaskini, seperti Windows Narrator yang kini boleh membaca teks dari imej dengan lebih cekap dan integrasi CoPilot yang lebih mendalam.

File Explorer juga menerima kemaskini menukar nama fail menggunakan arahan suara, dan sistem operasi tersebut kini menyokong paparan dengan kadar segar semula lebih tinggi daripada 1000Hz dan kecekapan penggunaan kuasa lebih baik apabila paparan disambungkan ke komputer menggunakan kabel USB4.