Microsoft Word, Excel dan PowerPoint Kini Menyokong Ciri Apple Handoff

TechnologyDigital
24 Oct 2024 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Handoff adalah antara ciri yang paling berguna dalam ekosistem Apple. Ia adalah satu ciri continuity yang membolehkan pengguna sambung tugasan dari satu peranti pada peranti yang lain. Misalnya, taip nota dalam iPhone boleh sambung menaip pada MacBook atau salin mana-mana teks dari iPad untuk tampal dalam iPhone. Terbaru, Microsoft mengumumkan sokongan Handoff untuk aplikasi Word, Excel dan PowerPoint.

image is not available

Walaupun Handoff bersifat universal, seperti anda boleh salin teks pada WhatsApp dalam iPhone dan sambung pada kebanyakan aplikasi dalam macOS – tugasan dari aplikasi dalam iPhone tidak semua boleh sambung pada aplikasi macOS atau iPadOS. Jika anda menggunakan akaun iCloud sama pada Microsoft Word, Excel dan PowerPoint dalam semua peranti Apple anda, ciri ini boleh digunakan dengan mudah. Anda sunting fail Word dalam iPhone, boleh sambung dalam Word pada MacBook atau dengan Excel serta PowerPoint.

image is not available

Untuk mengetahui ciri Handoff boleh digunakan ataupun tidak, selepas anda mengaktifkannya di dalam tetapan iOS – anda akan melihat ikon telefon muncul pada ikon Word/Excel/PowerPoint atau notifikasi kecil di bahagian bawah skrin. Microsoft turut meletakkan syarat yang ciri ini hanya berfungsi jika fail-fail dokumen anda disimpan dalam storan awan OneDrive atau SharePoint.