Mini kasino dalam penthouse hotel diserbu, 16 warga asing ditahan

31 Oct 2026 • 2:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mini kasino dalam penthouse hotel diserbu, 16 warga asing ditahan

PETALING JAYA: Sebuah ‘penthouse’ di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan lokasi perjudian mini kasino diserbu polis menerusi Op Tembok, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi itu, seramai 16 warga asing berusia antara 26 hingga 50 tahun ditahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki Nepal.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kediaman berkenaan dijadikan lokasi menjalankan perjudian mini kasino jenis permainan poker.

Katanya, kegiatan perjudian itu dibuat melalui jemputan daripada kenalan rapat dan melibatkan warga China sahaja.

“Polis turut merampas sebuah meja, tujuh kerusi, sekeping kad akses, dua set dadu dan sekeping kad dealer.

“Turut dirampas ialah 214 cip pelbagai warna bernilai keseluruhan RM5,180; 52 keping daun terup serta wang tunai berjumlah RM1,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, semua suspek akan dibawa ke hadapan Majistret hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian atau kesalahan jenayah boleh menyalurkannya kepada polis menerusi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu membanteras kegiatan berkenaan,” katanya.

The post Mini kasino dalam penthouse hotel diserbu, 16 warga asing ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved