'Penthouse' jadi mini kasino, 16 individu ditahan

31 Oct 2026 • 2:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Penthouse' jadi mini kasino, 16 individu ditahan
Hasil pemeriksaan mendapati unit kediaman berkenaan dijadikan lokasi kegiatan perjudian ala mini kasino yang menawarkan permainan poker.
Image from: 'Penthouse' jadi mini kasino, 16 individu ditahan
Antara individu yang ditahan dalam serbuan dijalankan.
Image from: 'Penthouse' jadi mini kasino, 16 individu ditahan
Polis turut merampas sebuah meja, tujuh kerusi, sekeping kad akses, dua set dadu, sekeping kad pengedar, 214 cip pelbagai warna bernilai RM5,180, 52 keping daun terup serta wang tunai.

KUALA LUMPUR - Kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik tingkat teratas sebuah hotel di Jalan Ampang terbongkar selepas premis berkenaan diserbu polis menerusi Op Tembok pada Sabtu.

Serbuan kira-kira jam 1.50 pagi pada 31 Oktober itu membawa kepada penahanan 16 individu terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga Nepal berusia antara 26 hingga 50 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil pemeriksaan mendapati unit kediaman berkenaan dijadikan lokasi kegiatan perjudian ala mini kasino yang menawarkan permainan poker.

Menurutnya, kegiatan perjudian itu dipercayai dijalankan menerusi jemputan dalam kalangan kenalan rapat dan hanya melibatkan warga China.

"Polis turut merampas sebuah meja, tujuh kerusi, sekeping kad akses, dua set dadu, sekeping kad pengedar, 214 cip pelbagai warna bernilai RM5,180, 52 keping daun terup serta wang tunai RM1,000.

"Kesemua barangan berkenaan dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[3695253]**

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke hadapan Majistret pada Sabtu bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

**media[3695240]**

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian atau kesalahan jenayah boleh menghubungi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved