Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 11:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat  lebih 1.5 tan minyak masak

KOTA BHARU: Dua penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah pacuan empat roda berisi lebih 1.5 tan minyak masak selepas diserbu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semalam.

Dalam serbuan pukul 9 malam itu, kedua-dua suspek yang dipercayai mahu menyeludup barang kawalan tersebut ke Thailand bertindak melarikan diri dengan meninggalkan pacuan empat roda itu jenis Mitsubishi Pajero di tepi jalan Kampung Lundang Paku, di sini.

Pengarahnya, Hanis Yusabra Yusuf berkata, pemeriksaan lanjut ke atas Mitsubishi Pajero itu telah menemukan sejumlah kotak berisi minyak masak seberat 1,598 kilogram minyak masak bersubsidi.

Katanya, kesemua barangan tersebut telah di sita untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kejayaan ini hasil maklumat risikan dan kersama erat menerusi
Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanis Yusbara memberitahu, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi, termasuk kegiatan membawa keluar bekalan untuk tujuan penyeludupan.

Katanya, orang awam turut disaran menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyelewengan barang kawalan.-UTUSAN

The post Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved