Mirip John Wick, Lelaki Thailand Jadi Perhatian Di Media Sosial

Entertainment
28 May 2024 • 5:23 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki mirip watak utama filem, John Wick yang dimainkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Keanu Reeves meraih perhatian netizen apabila dilihat bekerja sebagai pembancuh air di Thailand.

Menerusi perkongsian di TikTok, @Tuktilife memuat naik sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki mirip selebriti tersebut sedang bekerja di sebuah kedai.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki yang dikatakan mirip Keanu itu sedang sibuk membancuh air kopi sambil dibantu oleh seorang lagi pekerja di tempat berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemilik akaun @tuktiklife terbabit turut memuat naik beberapa lagi buah video yang memperlihatkan lelaki itu sedang melakukan pekerjaan lain di negara tersebut seperti menjadi menjual sotong dan pencuci pinggan.

image is not available

Foto: Los Angeles Times

Melihat ke ruangan komen, video berkenaan meraih pelbagai reaksi netizen dan rata-rata berseloroh dengan menyatakan bahawa selebriti tersebut telah bersara serta cuba untuk hidup bersederhana seperti orang biasa di Thailand.

Kalau John Wick tumbangkan tiga orang guna pen, ini guna straw…

image is not available

John Wick kerja sambilan cari duit lebih kot

image is not available

Encik Wick buatkan saya satu kopi latte, dia tengah cuba hidup sederhana

image is not available

Dalam pada itu, video yang berdurasi 19 saat tersebut telah meraih lebih enam juta tontonan sejak dimuat naik oleh pemilik akaun berkenaan beberapa hari lalu.

Sumber: TikTok @tuktiklife