MISC mampu tempuhi ketidaktentuan pasaran disokong kontrak jangka panjang dan armada baharu - HLIB

Business & Finance
10 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MISC mampu tempuhi ketidaktentuan pasaran disokong kontrak jangka panjang dan armada baharu - HLIB Image from: MISC mampu tempuhi ketidaktentuan pasaran disokong kontrak jangka panjang dan armada baharu - HLIB amree10/08/2026 - 14:11 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 OgosMISC Berhad dilihat mampu mengharungi ketidaktentuan pasaran perkapalan dan tenaga, disokong pendedahan kontrak jangka panjang yang tinggi serta program pembaharuan armada.

 

Menurut analisis Hong Leong Investment Bank (HLIB), bagaimanapun kumpulan itu perlu berdepan dengan kadar sewaan kapal yang mula kembali normal selepas lonjakan akibat konflik di rantau Timur Tengah.

 

Ujarnya, segmen gas kekal stabil dengan 98% pendedahan kepada kontrak jangka panjang, sekali gus mengurangkan kesan turun naik kadar pasaran semasa terhadap pendapatan kumpulan berkenaan sendiri.

 

"Ketika ini MISC mengendalikan 39 kapal dan merancang diperluaskan kepada 50 kapal menjelang 2030, termasuk penambahan 14 kapal pengangkut gas asli cecair (LNG)," jelas firma penyelidikan tersebut.

 

Pada masa sama ujar HLIB, kumpulan menyasarkan kapal moden yang meliputi 56% daripada armada gas, manakala kapal LNG turbin wap lama akan dilupus sebagai sebahagian strategi peningkatan kecekapan.

 

Kadar kapal LNG moden namun menyederhana pada Mei 2026 selepas lonjakan pada Mac 2026, berikutan pertambahan ketersediaan kapal dan permintaan lebih lemah dari Eropah, Jepun serta Korea Selatan.

 

MISC_DagangNews2026

 

Segmen kapal tangki pula berada pada kedudukan baik memanfaatkan kenaikan pasaran melalui portfolio 70:30 antara kontrak jangka panjang dan pasaran semasa, walaupun kadar sewaan MISC sudah normal.

 

"Ia turut merancang menambah 10 kapal dwibahan api menjelang 2030 bagi meningkatkan daya saing dan menyokong usaha penyahkarbonan, dengan kami menjangkakan hasil kukuh pada 3QFY26," kata HLIB.

 

Dalam segmen Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB), buku tempahan mencecah RM4.7 bilion serta kembali mencatat keuntungan berbanding kerugian operasi RM467.7 juta pada FY23.

 

Pemulihan itu menurut MISC, disokong peningkatan produktiviti, sistem pengeluaran berpusat, operasi yang lebih cekap dan penggunaan limbungan, selain projek baharu dengan kontrak selama empat tahun.

 

HLIB turut melihat prospek pertumbuhan terus disokong kitaran peningkatan permintaan terhadap kapal pengeluaran terapung, manakala projek saluran paip Kutubu menambah keterlihatan bagi segmen marin.

 

"Justeru, kami mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham kumpulan ini dengan harga sasaran (TP) RM9.04 sesaham, disokong pertumbuhan pendapatan daripada segmen sisir dan petroleum," jelasnya.

 

Selain itu ujarnya, kontrak LNG jangka panjang serta program pembaharuan armada berpotensi memperkukuhkan daya tahan dan daya saing MISC untuk tempoh jangka panjang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved