Misi GSF: Greta Thunberg & 70 Aktivis Lain Dijangka Dibebaskan Isra*l Hari Ini

WorldPolitics
6 Oct 2025 • 10:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas beberapa hari berada dalam tahanan rejim Israel, aktivis Greta Thunberg yang diitahan ketika misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) minggu lalu dijangka dibenarkan keluar dari negara itu, hari ini.

Menurut kerajaan masing-masing, aktivis dari Sweden itu dan lebih 70 individu pelbagai kewarganegaraan akan dibebaskan dari tahanan Israel dan diterbangkan ke Greece sebelum pulang ke negara asal.

image is not available

Kumpulan itu termasuk 28 warga Perancis, 27 (Greece), 15 (Itali) dan sembilan (Sweden). Seramai 21 warga Sepanyol pula telah tiba di negara mereka semalam.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa warga asing yang kekal ditahan di penjara Israel termasuklah 28 warga Sepanyol, lapor Berita Harian.

Semua mereka menaiki 45 kapal GSF yang membawa aktivis dan ahli politik dengan tujuan menghantar bantuan ke Gaza namun telah dipintas dan ditahan oleh pihak berkuasa Israel di perairan antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Greta Thunberg (@gretathunberg)

image is not available

Sementara itu, Kementerian Luar Itali dan Greece mengesahkan sukarelawan wargangeara mereka akan diterbangkan dari Israel ke Athens pada hari ini.

Menteri Luar Itali, Antonio Tajani berkata 15 rakyat Itali akan dibantu untuk transit pulang ke tanah air.

Manakala Kementerian Luar Perancis pula memaklumkan, 28 rakyatnya akan diterbangkan ke Greece, sebahagian besar daripada 30 warga Perancis yang ditahan Israel.

Media Sweden pula melaporkan sembilan rakyatnya turut dijangka ke Greece meskipun Kementerian Luar Negara itu belum mengesahkan destinasi.

image is not available 2025-10-05 11:18:02

Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut, Dipukul & Dipaksa Cium Bendera Isra*l - "Dilayan Seperti Haiwan"