Misteri Bunyi 'Ketukan' Hantui Penduduk Sekitar Alor Setar, Ramai Tak Lena Tidur

18 Aug 2026 • 12:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Misteri Bunyi 'Ketukan' Hantui Penduduk Sekitar Alor Setar, Ramai Tak Lena Tidur

Tersedar ketika tengah malam itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang, tetapi tersedar akibat mendengar ketukan di pintu boleh membuatkan sesiapa saja tidak senang duduk.

Lebih-lebih lagi bila identiti individu yang mengetuk pintu itu tidak diketahui.

Bayangkan tengah malam terdengar ketukan di pintu rumah, apabila keluar untuk melihat siapa di luar, rupanya tiada orang.

Misteri Bunyi Ketukan Sekitar Kawasan Alor Setar

Itulah yang dialami oleh penduduk di sekitar Alor Setar dan Langgar ketika ini.

Sejak semalam, media sosial terutamanya di Threads kecoh dengan dakwaan dari penduduk di situ yang mendengar ketukan sekitar jam 11 malam hingga 2 pagi.

"Taman Lelasari pun kena.. Area Langgar memang qeyuh kena ketuk-ketuk pintu semalam eh.. rumah kiter pun kena.. ampa dengaq la sendiri bunyi real wehh.. kuat pulak tu dia ketuk.. masalahnya takdak pulak orang..

"Serammmm sebab kuat bunyinya.." komen seorang lagi.

Image from: Misteri Bunyi 'Ketukan' Hantui Penduduk Sekitar Alor Setar, Ramai Tak Lena Tidur
Image from: Misteri Bunyi 'Ketukan' Hantui Penduduk Sekitar Alor Setar, Ramai Tak Lena Tidur


Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca ketukan yang dialami oleh mereka.

Namun, ada juga yang mengaitkan kejadian itu dengan perkara mistik.

Susulan itu, ramai yang turut memberikan nasihat untuk tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi ketukan pada lewat malam selain menyarankan untuk membaca doa sebagai 'pagar' rumah masing-masing.

Baca juga:



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved