MK Land perkukuh konservasi orang utan, sasar perluas habitat sehingga 6 hektar

Environment
7 Sep 2026 • 11:13 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MK Land perkukuh konservasi orang utan, sasar perluas habitat sehingga 6 hektar Image from: MK Land perkukuh konservasi orang utan, sasar perluas habitat sehingga 6 hektar naim07/09/2026 - 11:13 Spesies orang utan yang kini semakin terancam habitatnya. Gambar: Naim Aziz / DagangNews Oleh MOHAMMAD NAIM AZIZ naim@dagangnews.com

TAIPING 7 Sept  – Pembangunan ekonomi yang mampan kini tidak lagi hanya diukur berdasarkan keuntungan korporat, sebaliknya turut mengambil kira keupayaan sektor swasta mengimbangi pertumbuhan industri dengan kelestarian alam sekitar.

 

Pendekatan itu turut diterapkan MK Land Holdings Berhad (MK Land) menerusi ekosistem pembangunan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dan Pulau Orang Utan Bukit Merah, Kerian, Perak, yang menggabungkan elemen pelancongan, pemuliharaan biodiversiti serta inisiatif tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

 

 

 

 

 

Antara komponen penting ekosistem berkenaan ialah Pulau Orang Utan Bukit Merah sebuah pusat pemuliharaan khusus yang memainkan peranan dalam melindungi spesies orang utan yang semakin terancam.

 

 

Pusat Orang Utan yang terletak di Bukit Merah Laketown Resort. Gambar: NAIM AZIZ / DAGANGNEWS
Pulau Orang Utan Bukit Merah sebuah pusat pemuliharaan yang terletak di tasik Bukit Merah Laketown Resort. Gambar : Naim Aziz / DagangNews

 

Pusat yang ditubuhkan di bawah Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah itu kini disokong seramai 17 kakitangan, termasuk tujuh renjer yang bertugas di lapangan serta dua petugas veterinar terdiri daripada seorang doktor dan seorang jururawat bagi sokongan klinikal harian.

 

Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal berkata, usaha pemuliharaan orang utan bukan semata-mata bertujuan melindungi spesies berkenaan, tetapi turut menjadi platform pendidikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan ekosistem dan biodiversiti.

 

“It’s education to understand, to make sure you know… oh ada benda (projek pemuliharaan) ini. Mari kita sama-sama buat,” katanya kepada DagangNews ketika ditemui pada program ‘Bukit Merah Media Familiarisation Trip’, pada 5 dan 6 Sept 2026.

 

Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Beliau turut menyuarakan hasrat supaya satu hari nanti saintis dapat menjalankan kajian secara lebih dekat dengan habitat orang utan, termasuk melalui konsep rumah atas pokok bagi membolehkan pemerhatian dan penyelidikan dilakukan secara langsung.

 

Katanya, beberapa perancangan penambahbaikan pusat berkenaan dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

 

Lebih dua dekad pelihara orang utan

Usaha konservasi di Pulau Orang Utan bermula pada tahun 2000 dengan penempatan awal empat ekor orang utan yang dibawa khas dari Sarawak.

 

Sepanjang tempoh lebih dua dekad, populasi orang utan di pulau berkenaan pernah mencecah 28 ekor sebelum menyusut disebabkan pelbagai faktor, termasuk isu kesihatan.

 

Galeri Orang Utan Island menempatkan informasi tentang haiwan berkenaan. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Galeri Orang Utan Island menempatkan informasi tentang haiwan berkenaan. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Kini, populasi di pusat berkenaan stabil pada 15 ekor, dengan pihak pengurusan terus memperkukuh kerjasama strategik dan program pertukaran bersama zoo utama di Semenanjung Malaysia seperti Zoo Taiping dan Zoo Melaka bagi menyokong usaha pembiakan.

 

Ketua Pengurusan Pulau Orang Utan, Nurhafizie Mohamad Hapiszudin berkata, orang utan mempunyai diet yang pelbagai sebagai haiwan omnivor, dengan durian menjadi antara makanan kegemaran spesies berkenaan.

 

 

Ketua Pengurusan Pulau Orang Utan, Nurhafizie Mohamad. Gambar: Naim Aziz / DagangNews Hapiszudin.
Ketua Pengurusan Pulau Orang Utan, Nurhafizie Mohamad. Gambar: Naim Aziz / DagangNews 

 

 

“Makanan kegemaran dia adalah durian. Yang kedua buah kelapa, di samping bekalan buah-buahan tambahan yang disediakan secara harian oleh renjer,” katanya.

 


Sasar kapasiti habitat sehingga 60 ekor

Dalam usaha memperkukuh ekosistem pemuliharaan, pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut dilaksanakan, termasuk pembinaan buaian gergasi dan penanaman pokok buah-buahan bagi membantu memperkayakan habitat orang utan.

 

Penasihat Yayasan, Azmil Khuzaid Zakaria berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan penambahbaikan yang berpotensi meningkatkan kapasiti habitat kepada sekitar 50 hingga 60 ekor orang utan, dengan anggaran kos kira-kira RM20 juta.

 

Pada masa ini, habitat orang utan meliputi kawasan seluas kira-kira  2 hektar  daripada keseluruhan 6 hektar tanah yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

 

 

Ketua Pegawai Operasi – Operasi Kumpulan MK Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi (kiri) dan Penasihat Yayasan, Azmil Khuzaid Zakaria menunjukan lakaran 'Masterplan' semasa sesi pembentangan kepada media. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Ketua Pegawai Operasi – Operasi Kumpulan MK Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi (kiri) dan Penasihat Yayasan, Azmil Khuzaid Zakaria menunjukan lakaran 'Masterplan' semasa sesi pembentangan kepada media. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Pada masa ini, habitat orang utan meliputi kawasan seluas kira-kira dua hektar daripada keseluruhan 6 hektar tanah yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

 

Menurut beliau, pihak pengurusan turut merangka peluasan kawasan habitat antara dua hingga 6 hektar lagi pada masa hadapan bagi menyediakan ruang yang lebih luas dan bersesuaian dengan keperluan spesies berkenaan.

 

Pihak media diberi penerangan khusus tentang operasi sebenar di Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Pihak media diberi penerangan khusus tentang operasi sebenar di Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Bukit Merah sebagai destinasi mampan

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi – Operasi Kumpulan MK Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi berkata, program media berkenaan dirangka bagi memberikan gambaran menyeluruh mengenai usaha berterusan kumpulan dalam memperkukuh daya tarikan Bukit Merah sebagai sebuah destinasi pelancongan.

 

“Bagi kami, pembangunan bukan sekadar tentang membina sesuatu yang baharu, tetapi bagaimana kita menghidupkan sesebuah destinasi, menjaga alam semula jadi sekeliling dan memastikan kisahnya terus relevan untuk generasi akan datang,” katanya.

 

Pemandangan tasik di Bukit Merah Laketown Resort. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Pemandangan tasik di Bukit Merah Laketown Resort. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Program selama dua hari satu malam itu disertai kira-kira 50 pengamal media daripada pelbagai organisasi arus perdana dan portal.

 

 

 

 

 

Ia mengetengahkan Bukit Merah daripada perspektif berbeza, merangkumi keindahan alam semula jadi, usaha pemuliharaan, hospitaliti, inisiatif tenaga boleh diperbaharui serta pengalaman rekreasi untuk seisi keluarga.

 

Perjalanan bermula dari KL Sentral menggunakan Electric Train Service (ETS) menuju ke Parit Buntar dengan tempoh perjalanan kira-kira tiga jam 30 minit, sebelum peserta meneruskan perjalanan ke kawasan Bukit Merah.

 

Tren ETS KTMB antara perkhidmatan untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Tren ETS KTMB antara perkhidmatan untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Tasik Bukit Merah yang menjadi antara mercu tanda utama kawasan berkenaan merupakan tasik buatan manusia tertua di Malaysia, dibina sekitar 1906 dan terus menjadi sebahagian daripada warisan serta landskap semula jadi kawasan tersebut.

 

Pulau Orang Utan pula terletak kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan bot dari jeti utama dan menawarkan pengalaman kepada pengunjung untuk melihat orang utan dalam persekitaran habitat yang dilindungi.- DagangNews.com

 

 

 

HIROSHI salah satu orang utan yang terdapat di Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
HIROSHI salah satu orang utan yang terdapat di Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

 

Orang utan dilepaskan bebas di Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Orang utan dilepaskan bebas di Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Sekumpulan media menaiki bot ke Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Sekumpulan media menaiki bot ke Pulau Orang Utan Bukit Merah. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

 

Tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan penanaman pokok buah-buahan bagi membantu memperkayakan habitat orang utan. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan penanaman pokok buah-buahan bagi membantu memperkayakan habitat orang utan.
Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

 

Kawasan kurungan berpagar untuk pengunjung melihat habitat orang utan ini hidup bebas di pulau tersebut. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Kawasan kurungan berpagar untuk pengunjung melihat habitat orang utan ini hidup bebas di pulau tersebut.
Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

 

Media yang hadir menaiki ETS KTM. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Media yang hadir menaiki ETS KTM. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved