Modal berjuta, siapa biaya projek haram Tasik Bera?

LocalBusiness & Finance
26 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Modal berjuta, siapa biaya projek haram Tasik Bera?

BERA – Wujud persoalan mengenai siapakah dalang yang membiayai kegiatan penerokaan hutan dan penanaman sawit secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal serta Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera di sini.

Ini kerana kegiatan berskala besar di atas tanah seluas kira-kira 7,000 hektar itu memerlukan modal yang luar biasa mencecah ratusan juta ringgit.

Kos untuk membeli benih sahaja dianggarkan RM19.6 juta, itu belum dikira dengan perbelanjaan membersihkan tanah yang mencecah RM4,000 bagi setiap 0.4 hektar.

Dengan nilai pelaburan yang tinggi, mustahil kegiatan pene­rokaan dan penanaman sawit di kawasan itu digerakkan tanpa sokongan pihak atau individu yang mempunyai modal besar serta kekayaan luar biasa.

Pengerusi Biro Sosial Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, kebiasaannya sehektar tanah ditanam sehingga 140 anak pokok sawit, dengan harga pokok yang berkualiti kira-kira RM20 sepokok.

“Kalau dengan keluasan 7,000 hektar, kos anak pokok sahaja mencecah RM2,800 dan untuk seluas 7,000 hektar, ia boleh mencapai RM19.6 juta, itu tidak lagi dicampur kos pembersihan tanah.

“Jadi untuk meneroka dan menanam sawit di kawasan seluas ini, saya jangka modal yang diperlukan hampir ratusan juta ringgit.

“Dalam kes di Tasik Bera ini, saya musykil bagaimana orang kampung boleh ada modal sebesar itu, saya rasa mesti ada funder (pemberi dana),” katanya semalam.

Menurutnya, dengan anggaran kos penanaman paling tinggi kira-kira RM20,000 bagi setiap hektar, jumlah kos keseluruhan yang diperlukan, daripada permulaan hingga pokok mengeluarkan hasil boleh mencecah RM140 juta.

Katanya, pelbagai kos juga perlu dikeluarkan secara berterusan selama tiga tahun sebelum sawit mengeluarkan hasil termasuk pengurusan tanah, pembajaan, kawalan perosak, racun rumpai dan juga upah buruh.

“Ia tidak termasuk kos membina infrastruktur lain seperti jalan ladang, parit, pagar dan tangki air,” ujarnya.

Kosmo! baru-baru ini mendedahkan tapak Ramsar yang diiktiraf sejak 1994 itu kini berhadapan ancaman serius apabila lebih 7,000 hektar kawasan dikatakan diteroka secara haram dengan tanaman sawit, getah dan pelbagai tanaman kontan.

Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh dalang atau sindiket berselindung di sebalik nama Orang Asli yang mempergunakan mereka melalui isu tanah adat dan juga kawasan rayau etnik bagi membuka tanah secara haram.

Dakwaan mengatakan penana­man berlaku di hampir seluruh kawasan Ramsar pertama negara itu, dengan kurang daripada separuh kawasan hutannya yang masih bertahan.

The post Modal berjuta, siapa biaya projek haram Tasik Bera? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved