Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencuri perhatian ramai apabila kelihatan menikmati suasana hujan di Masjidil Haram, Mekah.
Baginda berada di masjid dan nikmati suasana hujan
Momen tersebut dikongsikan menerusi Insta Story akaun Instagram Kesultanan Pahang dan dimuatnaik kembali di akaun Instagram peminat yang memaparkan baginda berada di kawasan masjid berkenaan ketika hujan turun.
Rakaman itu turut memperlihatkan suasana hujan membasahi kawasan lapang Masjidil Haram dengan latar belakang menara masjid yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.
Turut kelihatan bersama Tengku Hassanal ialah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin yang sama-sama menadah tangan berdoa atas nikmat hujan yang dirasai di Tanah Suci itu.
Semoga TMP mendapat umrah yang mabrur
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mendoakan agar baginda mendapat umrah yang mabrur.
Ada juga yang mengakui bahawa suasana hujan di Tanah Suci sememangnya satu pengalaman yang bukan semua insan dapat merasainya.

Pengalaman yang cukup bermakna

Besar kuasa yang Maha Esa

Difahamkan, baginda kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Sumber: Instagram inaijari010_


![[VIDEO] Tengku Hassanal main hujan di Masjidil Haram](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-28-at-3.27.24-PM-1024x682.jpeg)



