Momentum kebangkitan BN mampu berterusan di Perlis

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 12:24 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Momentum kebangkitan BN mampu berterusan di Perlis

KANGAR: Momentum kemenangan serta kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dibuktikan dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) terdahulu mampu berterusan di Perlis, sekali gus kembali merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Bagaimanapun, bagi merealisasikan gelombang biru di Perlis, parti itu perlu menilai daripada beberapa sudut khususnya berkaitan faktor calon dan serta gerak kerja yang berterusan.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar, Firdaus Abd Razak berkata, dalam usaha menarik sokongan, calon yang diketengahkan mesti disenangi rakyat serta yang sering berkhidmat di sesuatu kawasan itu.

Katanya, dalam mengekalkan momentum sokongan, gerak kerja atau program yang memberi impak secara langsung kepada rakyat mesti dilaksanakan secara berterusan.

“Melihat kepada keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, tidak mustahil momentum kemenangan itu berterusan di Perlis. Insya-Allah gelombang biru juga bakal melanda Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 12 Julai lalu, BN mencatat kemenangan pada PRN Johor dan tiga minggu kemudian mengulangi momentum berkenaan di Negeri Sembilan menerusi PRN 1 Ogos lalu.

Sementara itu, Firdaus berkata, kemenangan BN di Johor, Negeri Sembilan dan selepas ini mungkin di Melaka menunjukkan UMNO dan BN kembali diterima oleh rakyat.

“Bagaimanapun, UMNO mesti sentiasa kekal mengamalkan sifat tawaduk atau rendah diri. Insya-Allah UMNO akan kembali menjadi parti pilihan rakyat di negara ini,” katanya.-UTUSAN

The post Momentum kebangkitan BN mampu berterusan di Perlis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved