Tiada keretakan hubungan BN-PN

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 8:24 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada keretakan hubungan BN-PN

PETALING JAYA: Hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kekal utuh meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai keretakan dalam gabungan itu susulan kemenangan bersama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, dakwaan kononnya berlaku perpecahan antara kedua-dua gabungan itu tidak berasas dan sengaja dimainkan pihak tertentu untuk melemahkan kerjasama politik yang telah terjalin.

“Saya tak nampak pun ada keretakan di antara PN dengan BN ini. Sebab hari ini baru sahaja kita angkat sumpah. Maknanya apa? Ada wakil kita dan kita angkat sumpah pun.

“Macam mana orang boleh kata ada keretakan ini? Ini adalah unsur-unsur untuk memecah-belahkan kita. Dan saya dengar juga tadi Tok Guru Haji Hadi (Presiden Pas) kata dia puas hati, tak ada pun masalah.

“Ini cerita orang lain ini, sebab itu saya dah kata tadi, kalau hak parti lain dia nak letak jawatan ke, dia nak apa, itu dia orang punya pasal. Sebab itu kalau kita tak ambil hal tentang orang, saya juga minta orang lain jangan masuk campur hal pasal kami biru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Parti Wawasan Negara di sini, hari ini.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Hamzah berkata, parti itu kini memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi yang disandang wakil rakyat yang menyokong Wawasan.

Menurutnya, walaupun tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka masih belum diputuskan, persiapan awal perlu dilakukan bagi memastikan jentera parti bersedia menghadapi pilihan raya.

“Tadi saya telah kemukakan tentang PRN Melaka yang kita tak tahu bila nak dibubarkan.

“Dalam prinsip untuk mengekalkan kedudukan kita, wakil-wakil kita sebagai contoh hari ini, Bemban dan Sungai Udang adalah merupakan penyokong kepada Wawasan Negara.

“Jadi sudah tentulah kita nak kekalkan supaya mereka ini bukan hanya boleh bertanding, tapi menang, memastikan mereka menang dalam pilihan raya juga nanti,” katanya.-UTUSAN

The post Tiada keretakan hubungan BN-PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved