Monorel tergendala akibat gangguan bekalan kuasa

30 Aug 2026 • 10:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Monorel tergendala akibat gangguan bekalan kuasa

PETALING JAYA – Perkhidmatan tren Laluan Monorel tidak dapat beroperasi buat sementara waktu susulan gangguan bekalan kuasa hari ini.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal sedang menjalankan kerja pembaikan bagi memastikan perkhidmatan dapat dipulihkan dengan selamat dan secepat mungkin.

“Perkhidmatan tren bagi Laluan Monorel sedang mengalami gangguan dan tidak dapat beroperasi buat sementara waktu susulan gangguan bekalan kuasa,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Penumpang yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh merujuk Pegawai Stesen atau Polis Bantuan yang bertugas di stesen terlibat.

Rapid KL turut menyarankan penumpang mendapatkan status terkini perkhidmatan menerusi laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE. – KOSMO! ONLINE

The post Monorel tergendala akibat gangguan bekalan kuasa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved