‘Mont Kiara milik Malaysia bukan warga Korea’- Syerleena

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 3:01 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Syerleena Abdul Rashid mengulas dakwaan insiden rasis membabitkan warga Korea di Mont Kiara

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menggesa rakyat Malaysia supaya tidak bertolak ansur dengan sebarang perbuatan berunsur rasis, termasuk jika melibatkan warga asing di negara ini.

Gesaan itu dibuat susulan dakwaan mengenai insiden membabitkan seorang warga Korea di kawasan Mont Kiara yang didakwa bertindak secara rasis terhadap rakyat Malaysia sehingga melibatkan unsur fizikal.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Syerleena berkata beliau sebelum ini sering membaca luahan rakyat Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa perlakuan rasis oleh segelintir warga Korea di Malaysia.

Menurut beliau, kejadian terbaharu itu dilihat lebih serius kerana dakwaan berkenaan bukan sekadar melibatkan kata-kata, malah dikatakan sudah sampai ke tahap fizikal.

Beliau turut menyentuh mengenai keadaan di kawasan tertentu yang mempunyai kehadiran komuniti warga asing yang besar, sambil menyifatkan situasi tersebut tidak seharusnya menjadi alasan untuk mana-mana individu bertindak biadab, angkuh atau rasis terhadap rakyat tempatan.

Baca juga:

Dalam pada itu, Syerleena berkata perkara tersebut lebih mengecewakan kerana rakyat Malaysia secara umumnya menunjukkan sokongan terhadap pelbagai perkara berkaitan Korea Selatan, termasuk filem, makanan dan sektor pelancongan.

“Jadi akhirnya kita pula dibalas rasis oleh warga mereka di tanah air kita sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia yang berdepan dengan sebarang perlakuan rasis supaya tidak mendiamkan diri dan membuat laporan kepada pihak polis dengan segera.

Syerleena turut meminta rakyat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di beberapa destinasi popular seperti Bali dan Phuket, terutama berkaitan isu melibatkan tingkah laku pelancong atau warga asing.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa Mont Kiara adalah sebahagian daripada Malaysia dan kawasan berkenaan bukan milik mana-mana komuniti warga asing.

The post ‘Mont Kiara milik Malaysia bukan warga Korea’- Syerleena appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved