Bandar di Malaysia perlu bersedia hadapi negara menua – Hannah

12 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bandar di Malaysia perlu bersedia hadapi negara menua – Hannah

KUALA LUMPUR – Bandar-bandar di negara ini perlu bersedia menyediakan persekitaran dan kemudahan yang memenuhi keperluan warga emas susulan Malaysia sedang menuju ke arah status negara menua.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pembangunan bandar bukan sahaja perlu memberi keselesaan kepada golongan muda, malah memastikan warga emas dapat terus menjalani kehidupan secara aktif dan berdikari.

“Malaysia sedang menuju ke arah negara menua. Persoalannya, adakah bandar kita bersedia?

“Bandar yang baik bukan hanya sesuai untuk golongan muda tetapi juga tempat di mana warga emas dapat menjalani kehidupan dengan selesa, berdikari dan bermaruah,” katanya.

Menurut Hannah, beliau mengadakan lawatan kerja ke Rumah Bukit Harmoni di Semenyih dan Sunway Sanctuary bagi melihat sendiri persekitaran, kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan untuk warga emas.

Katanya, banyak perkara boleh dipelajari daripada kedua-dua pusat berkenaan termasuk aspek reka bentuk ruang, penjagaan, kesejahteraan serta penglibatan sosial penghuni.

“Pengalaman ini akan menjadi rujukan dalam memperkukuh dasar dan inisiatif untuk Wilayah Persekutuan yang lebih mesra warga emas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Bandar di Malaysia perlu bersedia hadapi negara menua – Hannah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved