Isu berulang pada peranti skrin lipat ialah garis pada skrin yang belum mampu diselesaikan. Semua pengeluar hanya berjaya mengurangkan saiz garis lipatan sejak peranti mula memasuki pasaran hampir 7 tahun lalu. Dengan Honor Magic V6 akan dilancarkan beberapa hari sahaja lagi, Honor telah berkongsi gambar skrin dalam yang tidak mempunyai garis ini.

Skrin yang rata sepenuhnya ini berjaya dicapai dengan melakukan perubahan pada mekanisme Super Steel Hinge. Tetapi Honor mengatakan ia masih membolehkan mereka menawarkan peranti yang nipis, kalis air IP69 dan ringan.
Honor Magic V5 yang dilancarkan tahun lalu sudahpun menakjubkan bagi sebuah peranti lipat. Sejauh manakah skrin lipat mampu bertahan tanpa kesan garis hanya akan diketahui selepas Honor Magic V6 dilancarkan di MWC Barcelona pada 1 Mac ini.
