Motosikal hilang kawalan, lelaki maut terhumban ke cerun

5 Oct 2026 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Motosikal hilang kawalan, lelaki maut terhumban ke cerun
Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ke sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan dan terhumban ke cerun. Foto ihsan polis

BANDAR PERMAISURI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan terjatuh ke dalam cerun di Jalan Kampung Sungai Bari, Setiu awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, mangsa Mohd Nazri Ibrahim, 49, dari Kampung Sungai Bari di sini, sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Batu 29 menuju ke Kampung Langkap. 

"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ke sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke cerun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Zahril Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi kejadian diminta menghubungi Pejabat Trafik IPD Setiu atau Inspektor Mohamad Thaufiq Ahmad Azudin menerusi talian 011-2606 9043 bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved