‘Hanya selipar, kacang rebus ditemui dalam kereta’

4 Oct 2026 • 8:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hanya selipar, kacang rebus ditemui dalam kereta’

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang selepas kereta dipandu terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, Bukit Selambau dekat sini malam kelmarin merancang untuk berkahwin pada Disember ini.

Menurut Mohd Noor Mat Yusof, 43, kejadian berlaku ketika bapanya, Mat Yusof Hashim, 77, dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Teloi Timur selepas berkunjung ke rumah ahli keluarga bakal isteri di Sidam Kanan, dekat sini.

Katanya, bapanya pada petang kelmarin memaklumkan mahu bertemu keluarga bakal isteri untuk berbincang beberapa perkara berkaitan perkahwinan mereka yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Bapa keluar dari rumah sebelum waktu asar menaiki kereta Proton Wira dan sempat berpesan kepada anak sulung saya, Mohd. Aiman Affandi, 17, yang tinggal bersamanya sejak kematian ibu lebih lapan bulan lalu supaya tidak menunggu kerana kemungkinan dia akan balik lewat.

“Kami terkejut apabila mene­rima panggilan daripada pihak polis pada pukul 2 pagi semalam memaklumkan bapa hilang dan gagal dikesan selepas keretanya terjunam ke dalam sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ujarnya, mereka sekeluarga sedih dan susah hati kerana bapa masih hilang dan hanya beberapa barang seperti selipar dan sedikit makanan ringan iaitu kacang rebus ditemui di dalam kereta itu.

Sementara itu menantu Mat Yusof, Siti Syarifah Mohd Zain, 43, berkata, sejak kematian ibu mentuanya pada akhir Februari lalu, mangsa sering mengadu kesunyian.

The post ‘Hanya selipar, kacang rebus ditemui dalam kereta’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved