MSI dilihat sebagai salah satu jenama pembuat komponen dan peranti komputer gaming yang cukup terkemuka, tetapi dalam segmen peranti gaming PC mudah-alih, ia boleh dikatakan diantara yang lewat memperlihatkan penawaran mereka sendiri, dengan penawaran MSI Claw 8 dan MSI Claw 8 AI+ yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel.
Pada pertengahan tahun ini, konsol pemainan PC mudah-alih terbaru mereka yang dinamakan MSI Claw A8 telah diperkenalkan, yang merupakan konsol seakannya yang pertama keluar di pasaran, dan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen Z2 Extreme.

Dari segi rekaan, konsol ini tampil menggunakan rekaan MSI Claw 8 AI+ yang sama, dengan skrin 8 inci dan kadar segar semula 120Hz, dan selain daripada cip pemprosesan AMD tersebut, ia juga hadir dengan penawaran memori LPDDR5X sebanyak 24GB dan storan SSD yang boleh dipasang sendiri. Buat masa ini, ia dilaporkan akan tiba dengan storan SSD sebesar 1TB.
Melalui imej pemasaran yang diperlihatkan, MSI Claw A8 ini juga nampaknya akan hadir dengan dua pilihan warna baru, iaitu Polar White dan Neon Green dan akan diperkenalkan sewaktu acara Bili-Bili World di China pada 11-13 Julai ini. dan akan menjadi konsol pertama untuk dikuasakan dengan cip pemprosesan ini.
Setakat ini, ia juga diumumkan bahawa konsol ini akan diperkenalkan untuk pasaran China terlebih dahulu, dan tiada berita lagi tentang adakah ia akan tiba ke pasaran-pasaran lain. Di Malaysia, MSI Claw 8 AI+ yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Lunar Lake dijual pada harga RM4799.

