T7 Global fokus peluang baharu sektor tenaga selepas untung bersih meningkat 18% pada 2QFY26

LocalBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 5:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

T7 Global fokus peluang baharu sektor tenaga selepas untung bersih meningkat 18% pada 2QFY26 Image from: T7 Global fokus peluang baharu sektor tenaga selepas untung bersih meningkat 18% pada 2QFY26 amree24/08/2026 - 17:05 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 OgosT7 Global Berhad akan terus meneroka peluang baharu dalam sektor tenaga selepas keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 18.4% kepada RM10.3 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 (2QFY26), disokong momentum pertumbuhan merentasi perniagaannya.

 

Penyedia rumusan tenaga itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia turut mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) kira-kira 23.2% kepada sebanyak RM12.8 juta pada suku berkenaan.

 

Hasil bagi 2QFY26 pula jelas kumpulan berkenaan, meningkat 8.9% tahun ke tahun (YoY) kepada RM188.8 juta, sekali gus mencerminkan prestasi positif daripada perniagaan tenaga dan rumusan industri.

 

"Bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2026 (1HFY26), hasil T7 Global melonjak kira-kira 19.6% kepada RM373.3 juta berbanding sebanyak RM312.1 juta pada tempoh sama tahun lalu," katanya.

 

Sementara itu ujarnya, PBT kumpulan tersebut bagi tempoh berkenaan turut meningkat kira-kira 19.1% kepada RM24 juta, manakala PAT pula bertambah iaitu 9.7% kepada sebanyak RM18.8 juta.

 

T7 Global_DagangNews2026

 

Jelasnya, segmen tenaga kekal sebagai penyumbang pendapatan utama kumpulan dengan pertumbuhan hasil mencecah 7.8% dan menyumbang kira-kira 67.4% daripada keseluruhan perolehan syarikat pada 1HFY26.

 

Dalam pada itu, segmen rumusan industri kumpulan berkenaan mencatatkan pertumbuhan yang lebih pantas apabila hasil melonjak kira-kira 54.5% tahun ke tahun kepada sebanyak RM121.6 juta.

 

Pengarah Eksekutif T7 Global, Tan Kay Zhuin dalam kenyataan berkata, prestasi kukuh kumpulan pada separuh pertama 2026 disokong momentum berterusan daripada segmen tenaga dan penyelesaian industri.

 

"Pertumbuhan ketara perniagaan rumusan industri mencerminkan kekuatan keupayaan dan pelaksanaan kumpulan ini dalam menangkap banyak peluang pasaran untuk pertumbuhan jangka panjang," kata beliau.

 

Menurutnya, T7 Global kekal yakin terhadap peluang dalam sektor tenaga dan industri, selain membina keupayaan teras serta mengembangkan kehadiran dalam bidang boleh memanfaatkan kepakaran sedia ada.

 

Kumpulan akan terus meneruskan strategi pertumbuhan mampan dengan mengejar peluang dan kerjasama strategik dalam sektor tenaga serta rumusan industri bagi mengukuhkan asas perniagaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved