
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (15 September), bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas empat pertuduhan.
Ia selepas pihak pendakwaan memohon agar satu pertuduhan salah guna kedudukan bagi suapan RM200 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang melibatkan jumlah sama terhadap Muhyiddin tidak diteruskan.
Pihak Pendakwaan Mohon 4 Pertuduhan Tidak Diteruskan, 3 Lagi Berkaitan Jana Wibawa Masih Diteruskan
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib untuk tidak meneruskan kes tersebut.
Permohonan tersebut dibuat dengan menggunapakai peruntukan di bawah Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
“Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh untuk empat pertuduhan itu,” katanya.
Walau bagaimanapun memetik Sinar Harian, perbicaraan bagi tiga lagi kes berkaitan Jana Wibawa masih lagi diteruskan.
Pertuduhan Salah Guna Kuasa Bagi Suapan RM200 Juta: Didakwa Dilepas & Dibebaskan
Berdasarkan pertuduhan, Muhyiddin yang berusia 79 tahun didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU menggunakan kedudukan bagi suapan berjumlah RM200 juta bagi Bersatu daripada Bukhary Equity Sdn Bhd berkaitan Projek Jana Wibawa.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Mengikut pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, seksyen ini memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
3 Pertuduhan AMLA: Diteruskan Dilepas & Dibebaskan
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebelum ini turut berdepan dengan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta dari Bukhary Equity Sdn Bhd.
Wang tersebut didakwa dimasukkan ke akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Muhyiddin Masih Lagi Berdepan 3 Pertuduhan Berkaitan Jana Wibawa
Meskipun keempat-empat pertuduhan tersebut dilepas, dibebaskan, Muhyiddin masih lagi berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan bagi suapan berjumlah RM25.3 juta untuk parti tersebut.
Wang tersebut didakwa diperolehi dari tiga syarikat iaitu Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Azman, berkaitan Projek Jana Wibawa.
Baca Artikel Berkaitan: Muhyiddin Lepas, Bebas Empat Tuduhan Salah Guna Kedudukan Babit Rasuah RM234.5 Juta
Baca Artikel Berkaitan: Berdepan 6 Pertuduhan, Muhyiddin Yasin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta






