Mulu, Kudat, Keningau dan Kuantan paling panas semalam

4 Sep 2026 • 10:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mulu, Kudat, Keningau dan Kuantan paling panas semalam

PETALING JAYA – Bahang cuaca tertinggi dirasai di Mulu, Sarawak, Kudat dan Keningan di Sabah serta Kuantan, Pahang semalam apabila suhu maksimum harian masing-masing direkodkan antara 35.2 hingg 35.7 darjah Celsius.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) bagi 3 September 2026, bacaan itu merupakan suhu maksimum tertinggi dalam kalangan stesen utama yang dipantau di seluruh negara.

Selain empat kawasan tersebut, beberapa lokasi lain turut merekodkan suhu melebihi 34 darjah Celsius, antaranya Kuala Krai dan Temerloh (34.7), Kapit (34.5), Limbang (34.8), Sibu (34.2), Muadzam Shah (34.3), Batu Embun (34.2), Ipoh serta Lubuk Merbau (34.0), Kuala Pilah (34.3) dan Subang (34.4).

Sementara itu, beberapa kawasan turut menerima hujan dengan jumlah agak tinggi pada hari sama.

MetMalaysia merekodkan Langkawi menerima jumlah hujan harian tertinggi iaitu 43.6 milimeter (mm), diikuti Kota Bharu, Kelantan sebanyak 37.8mm dan Subang, Selangor sebanyak 30.2mm.

Chuping, Perlis pula merekodkan 20.6mm, manakala Butterworth, Pulau Pinang 15.6mm dan Alor Setar, Kedah 12.0mm.

Di Pahang, Cameron Highlands menerima 8.2mm hujan, sama seperti Sitiawan, Perak yang turut merekodkan 8.2mm.

Bagaimanapun, kebanyakan stesen utama lain merekodkan hujan yang rendah atau tiada hujan, termasuk beberapa kawasan di Sabah dan Johor semalam. – KOSMO! ONLINE

The post Mulu, Kudat, Keningau dan Kuantan paling panas semalam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved