Sandakan catat suhu tertinggi 35.2 darjah Celsius

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 11:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sandakan catat suhu tertinggi 35.2 darjah Celsius

PETALING JAYA – Sandakan, Sabah merekodkan suhu maksimum harian tertinggi negara iaitu 35.2 darjah Celsius semalam, berdasarkan data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Daerah berkenaan turut menerima jumlah hujan harian tertinggi antara stesen utama yang disenaraikan iaitu sebanyak 88.4 milimeter (mm).

Berdasarkan perkongsian MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Sabah merekodkan suhu melebihi 30°C antaranya Keningau dan Kudat masing-masing 33.9 darjah Celsius, Kota Kinabalu (33.8), Lahad Datu (32.7), Tawau (32.5) serta Ranau (31.6).

“Di Sarawak, Kuching mencatatkan suhu maksimum 34.5 diikuti Kapit dan Limbang masing-masing 34.3 Sibu (34.1), Mulu (34), Miri (32.1) serta Bintulu (30.5).

“Kuching turut menerima hujan agak tinggi sebanyak 79.4mm, manakala Bintulu dan Kapit masing-masing merekodkan 18.8mm.
Sementara itu, Labuan mencatatkan suhu maksimum 33.5°C tanpa sebarang hujan direkodkan,” ujarnya.

Bagi Semenanjung, antara suhu tertinggi direkodkan ialah di Kluang, Johor pada 34.8, diikuti Senai (34.9), Batu Pahat (34.1) serta Kuantan, Pahang dan Mersing, Johor masing-masing 34.

Bagaimanapun, suhu lebih rendah direkodkan di kawasan tanah tinggi dengan Cameron Highlands, Pahang mencatatkan hanya 23.6, manakala Batu Embun merekodkan 26.3.

Dari segi taburan hujan, Lubuk Merbau, Perak menerima 52mm, diikuti Kuala Terengganu sebanyak 39.6mm dan Cameron Highlands 38.2mm.

“Subang pula menerima 25.4mm hujan dengan suhu maksimum 32.5 manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merekodkan suhu 31.7dan hujan 0.6mm.

“Beberapa kawasan termasuk Kuala Pilah, Melaka, Muadzam Shah, Temerloh, Batu Pahat, Kluang dan Senai tidak merekodkan hujan pada hari berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sandakan catat suhu tertinggi 35.2 darjah Celsius appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved