“Mungkin Itu Kehidupan Yang Dia Nak…” – Pelakon Lelaki Baru Cerai Didakwa Sakan Berpeluk Dengan Awek ‘Clubbing’ Di Konsert The Weekend

Entertainment
12 Nov 2026 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu hantaran di Threads mencuri perhatian apabila seorang individu mendakwa melihat seorang selebriti yang baru sahaja melalui proses perceraian bersama seorang wanita ketika menghadiri sebuah konsert pada hujung minggu lalu.

Pelakon Lelaki Baru Bercerai Kantoi Berpeluk Dengan Wanita?

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa selebriti terbabit kelihatan berpelukan dengan wanita berkenaan ketika berada di acara itu.

Advertisement

d

ee

“Retis yg cerai tu hari peluk sakan ea dgn awek clubbing kat konsert the weekend baru ni.. Amboii.. Xpela asalkan dh cerai huhuhaha.”

Hantaran itu kemudiannya menerima ribuan tanda suka selain ratusan komen dan perkongsian daripada pengguna Threads.

Dalam hantaran susulan, individu sama menjelaskan bahawa dia tidak merasakan dirinya sebagai seorang yang gemar mencampuri urusan peribadi orang lain.

Menurutnya, dia hanya berkongsi perkara tersebut kerana kejadian berkenaan berlaku di tempat awam, namun mendakwa wanita yang bersama selebriti itu tidak didedahkan di media sosial.

“Ramai je nampak bukan aku sorang.. Aku x rse private relay sbb bwk merata.. Cuma dia x expose kt socmed je..”

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang cuba meneka identiti selebriti berkenaan.

Netizen Mula Membuat Spekulasi

Di ruangan komen, terdapat pengguna yang mendakwa pernah melihat selebriti tersebut di kelab sebelum ini, manakala sebahagian yang lain mula membuat spekulasi mengenai identiti individu terbabit.

Ada juga pengguna yang mengaitkan hantaran berkenaan dengan perjalanan kehidupan peribadi selebriti tertentu, termasuk perubahan yang berlaku selepas perceraian.

Namun begitu, identiti selebriti dan wanita yang didakwa berada bersamanya tidak disahkan dalam hantaran tersebut.

Malah, dakwaan mengenai kejadian berkenaan juga datang daripada perkongsian seorang pengguna Threads dan bukannya kenyataan rasmi daripada selebriti terbabit.

Menariknya, apabila seorang pengguna meninggalkan komen mengenai perubahan seseorang yang sebelum ini dikatakan pernah cuba membawa individu tersebut ke arah lebih baik, pemilik hantaran membalas ringkas:

“Mmg jiwa dia kot.. Kembali ke jalan asal”

Pada masa sama, seorang lagi pengguna secara terbuka menandakan akaun seorang selebriti dalam ruangan komen sebelum pengguna lain meminta supaya nama sebenar didedahkan.

Bagaimanapun, tiada pengesahan bahawa individu yang disebut atau ditandakan oleh netizen itu merupakan selebriti yang dimaksudkan dalam hantaran asal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nubhan2026-11-12 09:56:42

Nubhan Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Dr Fie - "Saya Takut Anak-Anak Terganggu Emosi"

The post “Mungkin Itu Kehidupan Yang Dia Nak…” – Pelakon Lelaki Baru Cerai Didakwa Sakan Berpeluk Dengan Awek ‘Clubbing’ Di Konsert The Weekend first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved