Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

LocalEnvironment
27 Oct 2026 • 10:28 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 27 Oktober 2026 (Selasa) dan berterusan sehingga Mac 2027.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai MTL yang bakal melanda negara.

Kenyataan Media: Permulaan Monsun Timur Laut 2026/2027

Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dijangka bermula pada 27 Oktober 2026 dan berterusan sehingga Mac 2027. Semasa MTL, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.

Semasa fasa awal MTL dari November 2026 hingga Januari 2027, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah. Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.

Menjelang fasa akhir MTL dari Januari hingga Mac 2027, taburan hujan dijangka berkurangan, terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung dan Sabah. Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba yang lebih ekstrem berikutan pengaruh fenomena El Niño sangat kuat (Super) yang sedang berlaku.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca yang berlaku semasa MTL 2026/2027 dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.

Sumber:
DR. MOHD HISHAM BIN MOHD ANIP
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

Apakah Monsun Timur Laut?

Perkataan “monsun” berasal daripada perkataan Arab “muasim” yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup dari arah timur laut semasa musim sejuk di Hemisfera Utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di Hemisfera Utara.

Monsun Timur Laut ialah luruan angin yang bertiup secara konsisten dari arah timur laut bermula dari bulan November hingga Mac setiap tahun yang dikenali sebagai musim tengkujuh.

Luruan angin ini akan membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah

Pada setiap hujung tahun, pedalaman Asia merupakan kawasan tekanan udara tinggi kerana bermusim sejuk. Benua Australia adalah kawasan bertekanan rendah kerana mengalami musim panas.

Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi, iaitu pedalaman benua Asia ke kawasan tekanan rendah, iaitu ke benua Australia. Angin ini merentasi Laut China Selatan dan Laut Sulu lalu menurunkan hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sarawak dan pantai timur Sabah.

Tiupan angin monsun timur laut dikenali sebagai ‘musim tengkujuh’ kerana Laut China Selatan bergelora kesan angin kencang ini.

Pada musim ini kawasan pedalaman Sarawak dan pantai timur Semenanjung Malaysia menerima hujan lebat melebihi 2500 yang boleh menyebabkan banjir hampir setiap tahun di kawasan-kawasan rendah.

Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

Tarikh Jangkaan Musim Tengkujuh 2026/2027

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 27 Oktober (Selasa) dan berterusan sehingga Mac 2027.

MTL ini juga akan membawa 3 hingga 5 episod hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku pada fasa awal MTL iaitu November 2026 sehingga Januari 2027.

Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

Lokasi Monsun Timur Laut

Lokasi Monsun Timur Laur ini akan berlaku mengikut fasa iaitu:

FasaTarikhLokasi
Fasa AwalNovember 2026 sehingga Jan 2027Episod hujan lebat dijangka berlaku di:
– Kelantan
– Terengganu
– Pahang
– Johor
– Sabah
– Sarawak
Fasa AkhirJan 2027 sehingga Mac 2027Taburan hujang dijangka berkurangan di:
– Negeri-negeri utara Semenanjung
– Sabah
Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

Impak Cuaca

Impak cuaca akibat berlakunya monsun ini adalah seperti berikut:

  • Hujan lebat berterusan dan meluas.
  • Banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.
  • Angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu

Selain itu, risiko banjir meningkat jika:

  • Hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang besar.
  • Kewujudan sistem cuaca bertekanan rendah dan luruan monsun kuat.
Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

Panduan Keselamatan

Antara panduan keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah:

  • Dapatkan maklumat cuaca terkini di tempat anda
  • Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan air serta makanan
  • Bersihkan longkang dan parit daripada tersumbat
  • Elakkan aktiviti di pesisir pantai dan laut
  • Ikut arahan pihak berkuasa

Penggunaan Aplikasi myCuaca

MET Malaysia juga menasihatkan orang ramai menggunakan aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca serta amaran bagi seluruh Malaysia untuk membantu pengguna membuat perancangan dan persediaan bagi aktiviti harian serta aktiviti luar.

Antara ciri-ciri utama aplikasi ini adalah :

  • Ramalan cuaca mengikut lokasi – Memaparkan ramalan berdasarkan lokasi semasa pengguna serta membolehkan pengguna melihat ramalan bagi lokasi lain.
  • Ramalan cuaca 24 jam dan 7 hari – Menyediakan ramalan cuaca 24 jam serta sehingga tujuh (7) hari ke hadapan bagi lokasi yang dipilih oleh pengguna.
  • Peta interaktif dengan pelbagai lapisan – Membolehkan pengguna meneroka pelbagai maklumat meteorologi secara interaktif melalui lapisan seperti radar, RaINS, satelit, suhu, angin, kilat, ribut taufan dan gempa bumi.
  • Amaran mengikut lokasi – Menyediakan notifikasi amaran cuaca berdasarkan lokasi semasa pengguna.
  • Lokasi kegemaran – Membolehkan pengguna menyimpan dan mengurus lokasi kegemaran bagi mendapatkan maklumat cuaca dengan lebih mudah.
Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi
Image from: Musim Tengkujuh 2026 (Monsun Timur Laut) : Tarikh & Lokasi

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Monsun Timur Laut (MTL)?

Monsun Timur Laut ialah luruan angin yang bertiup secara konsisten dari arah timur laut bermula dari bulan November hingga Mac setiap tahun yang dikenali sebagai musim tengkujuh.

Bilakah monsun ini dijangka akan berlaku pada tahun 2026?

Pihak MET Malaysia menjangkakan MTL akan berlaku pada 27 Oktober 2026 (Selasa) dan berterusan sehingga Mac 2027.

Lokasi manakah yang dijangka menyaksikan hujan lebat akan berlaku?

Episod hujan lebat dijangka berlaku di:
– Kelantan
– Terengganu
– Pahang
– Johor
– Sabah
– Sarawak

Apakah impak cuaca yang bakal dialami dalam tempoh tersebut?

– Hujan lebat berterusan dan meluas.
– Banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.
– Angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu

Bagaimanakah saya ingin mendapatkan maklumat mengenai cuaca dengan pantas?

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk maklumat mengenai cuaca menerusi aplikasi myCuaca.

Apakah ciri-ciri utama aplikasi myCuaca?

a) Ramalan cuaca mengikut lokasi – Memaparkan ramalan berdasarkan lokasi semasa pengguna serta membolehkan pengguna melihat ramalan bagi lokasi lain.
b) Ramalan cuaca 24 jam dan 7 hari – Menyediakan ramalan cuaca 24 jam serta sehingga tujuh (7) hari ke hadapan bagi lokasi yang dipilih oleh pengguna.
c) Peta interaktif dengan pelbagai lapisan – Membolehkan pengguna meneroka pelbagai maklumat meteorologi secara interaktif melalui lapisan seperti radar, RaINS, satelit, suhu, angin, kilat, ribut taufan dan gempa bumi.
d) Amaran mengikut lokasi – Menyediakan notifikasi amaran cuaca berdasarkan lokasi semasa pengguna.
e) Lokasi kegemaran – Membolehkan pengguna menyimpan dan mengurus lokasi kegemaran bagi mendapatkan maklumat cuaca dengan lebih mudah.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan amaran terkini dan notifikasi berhubung cuaca setempat di Malaysia, sila layari:

Baca juga: Tips Elak Beli Kereta Banjir: Ketahui Tanda dan Simptom Ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved