MuslimPro Kini Mempunyai 1 Juta Pengguna Aktif Di Malaysia

11 Feb 2026 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MuslimPro, aplikasi gaya hidup popular kini berkongsi menyatakan mereka mempunyai 1 juta pengguna aktif di Malaysia, sekaligus menjadikan Malaysia antara pasaran utama untuk aplikasi berkenaan. Secara global, MuslimPro telah dimuat-turun lebih 180 juta kali setakat ini.

image is not available

MustlimPro menawarkan akses kepada sejumlah ciri-ciri dalam membantu gaya hidup muslim, termasuk waktu solat, al-Quran, doa, masjid berdekatan dan beberapa lain. Aplikasi MuslimPro turut menawarkan akses kepada kandungan video melalui perkhidmatan QalBox, selain turut menyertakan fungsi sosial dinamakan Ummah.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan turut hadir dengan sokongan berbayar yang membuang paparan iklan. MuslimPro turut mengatakan pada awalnya aplikasi berkenaan dibangunkan untuk pengguna di Malaysia dan Indonesia, tetapi kini ia digunakan secara global.

image is not available
image is not available

Bergerak kehadapan, MuslimPro merancang pengenalan beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka. Tetapi, sebelum itu, untuk bulan Ramadan, mereka hadir dengan beberapa ciri khusus termasuk untuk membantu melihat waktu imsak dan berbuka, membantu dalam khatam Quran, dan beberapa yang lain.