Baru-baru ini, MyDigital ID telah mengumumkan bahawa pengguna aplikasi tersebut akan perlu mengemaskini identiti digital mereka setiap tahun dan telah menunjukkan langkah-langkah bagaimana untuk melakukannya.
Perkara ini dilihat sebagai satu proses yang sangat renyah untuk pengguna walaupun ia hanya perlu dilakukan sekali setahun. Ia difahami bahawa proses pembaharuan ini sebenarnya adalah proses pendaftaran semula dimana proses eKYC perlu dilakukan semula, sama seperti anda mendaftar untuk akaun MyDigital ID buat kali pertama.
Mesti ada yang tak tahu yang sijil digital perlu renew setiap satu tahun dari tarikh pendaftaran kan? Jangan panik, tak susah pun!
Ikuti je langkah-langkah ini untuk perbaharui sijil digital kita. Mudahkan penggunaan digital kita bersama MyDigital ID!
Muat turun dan daftar… pic.twitter.com/x8XulVhHoD
Proses pembaharuan ini boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi MyDigital ID pada peranti pengguna ataupun kiosk-kiosk yang sudah tersedia di sekitar negara ini.
Menurut laporan The Star, CEO MyDigital ID, Mohd Mirza Mohamed Noor mengatakan bahawa sijil digital MyDigital ID mempunyai tempoh penggunaan selama satu tahun sebelum ia perlu diperbaharui semula untuk tujuan keselamatan digital dan juga merupakan piawaian yang diikuti oleh badan-badan antarabangsa.
Beliau juga mengatakan bahawa mereka sedar bahawa proses ini mungkin renyah untuk ramai orang, dan mereka akan cuba untuk membuat proses pembaharuan MyDigital ID ini semudah yang mungkin, sambil memastikan sekuriti platform tersebut terjamin.
MyDigital ID dijangka akan digunakan sebagai sistem log masuk tunggal untuk semua perkhidmatan digital kerajaan kelak dan akan hadir dengan 15 juta pengguna berdaftar pada tahun 2025.

![“Penat Sangat Kot” – Tindakan Lelaki Tertidur Dalam Kereta Di Tengah Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)



