MYEG digantung: Tiada kena-mengena dengan parti saya – Loke

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 2:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MYEG digantung: Tiada kena-mengena dengan parti saya – Loke

PUTRAJAYA: Tindakan penggantungan My E.G. Sdn Bhd (MYEG) dan Zetrix AI Berhad tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik, sebaliknya berpegang kepada fakta bahawa wujudnya tunggakan bayaran kepada kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ini kerana pihaknya melayan semua syarikat dan ejen secara sama rata tanpa mengambil kira dengan pihak mana mereka mempunyai kaitan.

“Saya tidak mahu mengaitkan dengan mana-mana parti politik atau apa-apa. Peranan saya di sini adalah untuk melayan setiap syarikat, setiap ejen secara sama rata. Mereka berkaitan dengan pihak mana sekalipun, itu tidak relevan kepada saya,” katanya menerusi sidang akhbar berhubung penjelasan penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut JPJ di sini ini.

Loke berkata, tindakan terhadap MyEG perlu dilihat berdasarkan tanggungjawab syarikat berkenaan untuk memenuhi obligasi kepada kerajaan, bukannya dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kritikan di media sosial yang memintanya meletakkan jawatan susulan tindakan terhadap MYEG sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

“Dalam media sosial pula, apabila tindakan diambil, saya pun hairan. Tiba-tiba ada yang minta saya letak jawatan pula. Yang tidak membayar ialah syarikat. Yang diminta untuk diambil tindakan ialah menteri. Apa logiknya ini?” soalnya. – UTUSAN

The post MYEG digantung: Tiada kena-mengena dengan parti saya – Loke appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved