Empat maut LPT1: Selain usaha kafe, Nur Atiqah juga seorang jurugambar

1 Sep 2026 • 3:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat maut LPT1: Selain usaha kafe, Nur Atiqah juga seorang jurugambar

TEMERLOH – Minat mendalam terhadap pembuatan kek mendorong Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, mengusahakan perniagaan kafe sendiri selepas meninggalkan pekerjaan terdahulu, sekali gus menjadikannya antara insan yang dikenali dalam kalangan pelanggan dan kenalan di Kuantan.

Abangnya, Mohd Hafiz Rifqi Mohd Kazwan, 33, berkata, arwah bukan sahaja menjadikan pembuatan kek sebagai perniagaan, malah bidang berkenaan merupakan minat yang benar-benar diminatinya.

“Dia memang minat buat kek. Itu memang ‘passion’ dia. Sebelum buka Secangkir Cafe, dia bekerja terlebih dahulu di Lynas, Gebeng sebelum memilih untuk menceburi bidang perniagaan.

“Alhamdulillah, kafe yang diusahakannya sejak dua tahun lalu itu juga agak dikenali dan dia mempunyai ramai kenalan serta pelanggan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini, hari ini.

Menurut Hafiz, selain mengusahakan kafe, Nur Atiqah turut dikenali sebagai jurugambar di Kuantan dan aktif membina perniagaannya sendiri.

“Dalam kalangan keluarga, saya orang pertama yang tahu kira-kira pukul 7.45 pagi tadi selepas seorang kawan telefon dan menghantar portal berita mengenai kemalangan itu.

“Dia tanya betul atau tidak berita tersebut. Saya pun terkejut sebab sebelum itu kami memang tidak tahu apa-apa. Bila baca berita dan nampak nama adik sendiri, memang susah untuk saya proses (hadam),” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Empat maut LPT1: Selain usaha kafe, Nur Atiqah juga seorang jurugambar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved