Nahas helikopter: Dr. Ainul berani, komited dengan tugas-bapa

8 Sep 2026 • 11:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Dr. Ainul berani, komited dengan tugas-bapa

KOTA BHARU: Pegawai perubatan Dr. Ainul Baroah Kamaruddin yang maut dalam nahas helikopter di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, petang tadi disifatkan sebagai seorang kakitangan yang berani dan komited dalam menjalankan tanggungjawab walaupun bertugas di kawasan pedalaman.

Bapanya, Kamaruddin Salleh, 69, berkata, anak keempat dari lima beranak itu tidak pernah mengeluh setiap kali perlu menaiki helikopter untuk merawat pesakit.

Katanya, hal ini kerana doktor merupakan pekerjaan yang diimpikan oleh Ainul Baroah sejak kecil lagi.

“Sepanjang dua tahun di berkhidmat di Hospital Miri dan perlu menaiki helikopter untuk ke kawasan pedalaman.

“Dia pernah bercerita ada doktor takut untuk naik helikopter, tapi anak saya dia berani dan tidak takut demi tugas. Masa kejadian terdetik dalam hati, kenapa dia naik juga kalau dah tahu helikopter itu sering rosak. Tapi itulah Dr Ainul dia seorang yang bersemangat,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baung di sini sebentar tadi.

Kamaruddin memberitahu, sebelum ke Sarawak anaknya itu berkhidmat
Hospital Tanah Merah.

Dalam pada itu, Kamaruddin mendedahkan anaknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian sekali gus bergelar doktor pakar.

Katanya, bagaimanapun dia mahu Dr. Ainul Baroah mendapatkan keizinan suaminya terlebih dahulu sebelm berbuat demikian.

Utusan Malaysia, sebelum itu melaporkan, seorang juruterbang dan empat penumpang helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat itu terhempas di Long Lellang STOLport petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia dalam nahas kira-kira pukul 3.40 petang itu.

“Malangnya, kesemua lima orang di dalam pesawat telah meninggal dunia seperti yang disahkan menerusi laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan,” katanya.-UTUSAN

The post Nahas helikopter: Dr. Ainul berani, komited dengan tugas-bapa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved