'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Luahan pilu isteri juruterbang nahas helikopter

9 Sep 2026 • 12:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Luahan pilu isteri juruterbang nahas helikopter
Kapten Zainol Afiq antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa

SHAH ALAM - "Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya.

Demikian luahan pilu Izzati Syamimi, isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya urusan keluarga kecilnya dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Sinar Harian melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas di STOLport Long Lellang disahkan meninggal dunia.

Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kelima-lima individu di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved