Nahas Helikopter KKM: Bedah Siasat 5 Mangsa Selesai, Punca Kematian Didedahkan

11 Sep 2026 • 2:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Proses bedah siasat terhadap lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri pada Selasa lalu selesai pada pukul 7.30 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah akibat kecederaan melecur teruk.

Advertisement

helikopter kkm

“Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

KKM

Kelima-lima mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat iaitu Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Polis kini masih menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan proses pengesahan identiti mangsa secara saintifik. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

helikopter2026-09-08 17:49:11

Helikopter BO-105 Bawa Lima Individu Terhempas Di Sarawak Ketika Jalankan Tugas Doktor Udara

The post Nahas Helikopter KKM: Bedah Siasat 5 Mangsa Selesai, Punca Kematian Didedahkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved