Video lama helikopter uzur cetus tanda tanya 

11 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Video lama helikopter uzur cetus tanda tanya 

PETALING JAYA: Tular satu video menunjukkan keadaan sebuah helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, Ulu Beram Sarawak dalam keadaan uzur sehingga sukar ditutup. 

Video itu menunjukkan memaparkan keadaan helikopter berkenaan yang kelihatan uzur, termasuk pintunya yang didakwa tidak dapat ditutup dengan sempurna, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan pesawat tersebut.

Video dikongsikan pengguna TikTok @henny19645 dipercayai dibuat sebelum kejadian itu berlaku yang turut memaparkan kelima-lima mangsa nahas terbabit. 

Video berkenaan rakaman itu menunjukkan keadaan helikopter FDS berkenaan, termasuk bahagian pintunya yang kelihatan tersekat sehingga juruterbang Layang-Layang Aerospace, Kapten Zainal Afiq Bee Sham dan Alexson Adit Henry dilihat cuba menutupnya.

Turut kelihatan Dr Ainul Baraah Kamarudin serta dua jururawat, Deborah anak Moset dan Jessie Paya Jo dalam helikopter terbabit. 

Keadaan tersebut mengundang kebimbangan netizen yang mempersoalkan aspek keselamatan serta penyelenggaraan helikopter berkenaan, terutama selepas nahas yang mengorbankan lima individu terbabit.

Seorang pengguna @user1047 dalam ruangan komen mempersoalkan bagaimana helikopter itu masih boleh digunakan.

“Lihat sendiri, pintu helikopter pun tidak boleh ditutup. Siapa yang memberi cadangan untuk menyewa helikopter yang sudah terlalu lama seperti ini?”

Sementara itu, seorang lagi pengguna @AtiliaZeta menyifatkan juruterbang berkenaan sebagai seorang yang mahir dan berpengalaman, selain mendakwa helikopter itu dijaga dengan baik seperti aset sendiri.

“Kapten memang sangat mahir, bertukang pun arwah pandai. Dijaga seperti aset sendiri,” katanya sambil menitipkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa.- UTUSAN

 

The post Video lama helikopter uzur cetus tanda tanya  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved