Nahas helikopter KKM: Bedah siasat 5 mangsa selesai, punca melecur teruk

11 Sep 2026 • 1:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Bedah siasat 5 mangsa selesai, punca melecur teruk

KUCHING – Proses bedah siasat ke atas lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri pada Selasa lalu selesai pada pukul 7.30 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.

“Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya hari ini.

Pada Selasa lalu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

The post Nahas helikopter KKM: Bedah siasat 5 mangsa selesai, punca melecur teruk appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved