Nahas helikopter KKM: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua pesawat BO105

10 Sep 2026 • 3:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua pesawat BO105

PETALING JAYA – Layang Layang Aerospace mengambil langkah segera menggantung operasi semua pesawat BO105 miliknya susulan nahas helikopter Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, langkah berjaga-jaga itu turut melibatkan pesawat lain dalam armada syarikat berkenaan yang menggunakan enjin siri Rolls-Royce 250.

Katanya, keputusan penggantungan operasi itu dibuat atas inisiatif Layang Layang Aerospace sendiri sebagai langkah keselamatan susulan nahas berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai petunjuk bahawa enjin atau mana-mana komponen tertentu menjadi punca nahas.

“Penggantungan ini merupakan langkah keselamatan berjaga-jaga yang diambil oleh pengendali. Ia tidak seharusnya ditafsirkan sebagai petunjuk bahawa enjin atau mana-mana komponen tertentu menjadi punca kemalangan,” katanya pada sidang akhbar selepas Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia 2026 (MASS’26) di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Menurut Norazman, CAAM kini memantau proses penggantungan serta pemeriksaan armada yang dilaksanakan pengendali.
Pada masa sama, pihaknya sedang mengesahkan semua rekod kawal selia berkaitan pesawat, pengendali dan juruterbang.

“Pada peringkat ini, terlalu awal untuk membuat spekulasi sama ada kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal, keadaan cuaca, faktor manusia atau faktor lain,” katanya.

Beliau berkata, siasatan berhubung nahas itu dijalankan secara bebas oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan.

Katanya, CAAM memberikan kerjasama penuh kepada AAIB termasuk menyerahkan semua rekod berkaitan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, sebarang dapatan muktamad mengenai keadaan, faktor penyumbang dan punca nahas hanya akan ditentukan AAIB selepas pemeriksaan menyeluruh terhadap semua bukti. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua pesawat BO105 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved