Nahas helikopter KKM: ‘Masih berharap keajaiban, semoga ada sinar untuk suami’

9 Sep 2026 • 10:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: ‘Masih berharap keajaiban, semoga ada sinar untuk suami’

PETALING JAYA – “Saya cuba untuk kuat tetapi saya tidak mampu. Saya masih berharap kepada keajaiban, semoga ada sinar untuk suami dan pasukannya,”

Itu luahan isteri kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Alexson Adit yang masih menaruh harapan suaminya ditemukan selamat selepas terbabit dalam nahas helikopter Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, semalam.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, wanita menggunakan nama @stephanieessah itu berkali-kali meluahkan kerinduan terhadap suaminya selain meminta orang ramai terus mendoakan keselamatan Alexson dan mangsa lain.

“Sayang, nama dan gambar awak ada di mana-mana. Saya cuba untuk kuat tetapi saya tidak mampu. Tetapi saya masih berharap kepada keajaiban. Semoga ada sinar untuk pasukan suami.

“Tolong bawa pulang suami saya. Saya dan anak-anak masih memerlukannya,” katanya.

Lebih meruntun hati apabila anak perempuan mereka yang berusia lima tahun turut bertanyakan bila bapanya akan pulang.

“Anak perempuan saya yang berusia lima tahun bertanya kepada saya, ‘Mommy, daddy coming back kan mommy?’ (Ibu, ayah akan balik kan?).

“Sayang, tolong pulang dengan selamat. Anak-anak sudah bertanya bila ayah akan pulang,” katanya.

Sehingga pukul 5.08 pagi tadi, dia mengakui masih tidak dapat melelapkan mata kerana fikirannya terus terarah kepada suaminya.

“Sekarang pukul 5.08 pagi. Masih tidak dapat tidur dengan nyenyak sebab masih ingat suami. Sayang, saya perlu kuat. Tolong pulang ke rumah dengan selamat. Hujan lebat. Saya harap awak baik-baik sahaja di luar sana, sayang,” katanya.

Dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang meninggalkan kata-kata semangat pada hantarannya dan meminta mereka terus menitipkan doa buat kesemua mangsa.

Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan penumpang helikopter BO-105 yang dilaporkan terhempas serta terbakar sepenuhnya di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, sudah dikenal pasti.

Individu terbabit dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, Dr Ainul, PPP Alexson Adit dan dua jururawat, Debra Moset serta Jessie Paya. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: ‘Masih berharap keajaiban, semoga ada sinar untuk suami’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved