Nahas maut LPT1: 11 Kenderaan terlibat, empat mati dekat Temerloh

1 Sep 2026 • 12:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Nahas maut LPT1: 11 Kenderaan terlibat, empat mati dekat Temerloh

Empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan termasuk sebuah bas di LPT1 arah Kuantan malam tadi. Mangsa tersepit sebelum dikeluarkan bomba.

KUANTAN: Empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah Lanchang menghala Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 malam.

Beliau berkata kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas bagaimanapun 30 penumpang terselamat.

“Tiga individu, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita serta kanak-kanak lelaki tersepit dalam sebuah kereta, manakala seorang lagi mangsa lelaki tersepit dalam sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Pihak bomba telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa berkenaan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 2.50 pagi tadi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved